Berita

Industri pembinaan perlu tambah pengetahuan, tingkat amalan kerja

Profesional industri di Malaysia perlu bersedia untuk setanding dengan pemain global lain dari segi kapasiti, komponen dan keupayaan untuk meningkatkan produktiviti industri pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, penambahbaikan itu membantu Kerajaan menyelesaikan masalah bajet dan kesukaran menguruskan aset utama bangunan dan infrastruktur negara.

“Pengurus fasiliti perlu menambah pengetahuan dan meningkatkan amalan kerja mereka untuk kekal relevan, seiring dengan perkembangan industri pengurusan fasiliti di seluruh dunia,” kata Ahmad Maslan.

Ujar beliau lagi, dalam konteks industri pembinaan negara ini, ia seiring dengan semangat Dasar Pembinaan Negara yang dibangunkan Kerajaan.

Justeru dalam dalam memperkasa industri pembinaan di negara ini kepada sektor yang sangat produktif dan mampan menjelang tahun 2030.

Terdahulu beliau hadir Mesyuarat Agung Tahunan MAFM Ke-17 yang diadakan di UTM Hotel and Residence Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan ahli akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan pasukan pengurusan kanan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – Malaysia MADANI