PENGANJURAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TIMUR

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur dari 5 hingga 7 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang. Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur merangkumi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lalu. Program ini diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Tengah telah diadakan dari 23 hingga 25 Februari 2024 yang lalu di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor dengan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor. Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara pula telah berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Program MADANI Rakyat ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan peringkat Kerajaan Negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan Kerajaan. Program seperti ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan Kerajaan, sekaligus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Program MADANI Rakyat Zon Timur memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI), selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkaitan. Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pihak swasta. Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset-aset Kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.

Majlis perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim pada 6 Julai 2024 (Sabtu) dan akan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur pada 5 dan 6 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu), bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan 7 Julai 2024 (Ahad), bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang

ANTARA PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN

PERKHIDMATAN KEMENTERIAN / AGENSI

INFORMASI TERKINI

#ProgramMADANIRakyatโ€‹

Berikut adalah laluan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) yang boleh digunakan:

  • ๐ŸšŒ Hub Bandar Kuantan- Stadium & UTC ๐Ÿ…ฟ๏ธ
  • ๐ŸšŒ Kuantan City Mall
  • ๐ŸšŒ East Coast Mall
  • ๐ŸšŒ Masjid Negeri
  • ๐ŸšŒ Menara 188
  • ๐ŸšŒ Esplanade Kuantan
  • ๐ŸšŒ Hospital Besar Kuantan
  • ๐ŸšŒ Majlis Bandraraya Kuantan/ Dataran Sayangi Kuantan
  • ๐ŸšŒ LHDN Kuantan
  • ๐ŸšŒ Kuantan Parade
  • ๐ŸšŒJalan Bukit Ubi
Dan pelbagai lagi aktiviti menarik

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan
Program MADANI Rakyat Zon Timur