Buletin MADANI
Projek sakit: Ketua jabatan, agensi perlu turun padang teliti permasalahan dihadapi
Kerajaan memandang serius isu projek pembangunan sakit dan bermasalah termasuk kelembapan dalam perbelanjaan peruntukan yang telah diluluskan demi kesejahteraan rakyat....
Read moreBUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat adalah wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Definisi MADANI
MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.






