Berita, Siaran Media

Bekalan gas negara masih stabil dan cukup

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang menegaskan bekalan gas negara masih kekal stabil serta mencukupi buat masa ini dengan sebahagian besar penjanaan elektrik negara disokong oleh sumber domestik.

Datuk Chang Lih Kang berkata, kerajaan sehingga ini terus memantau perkembangan industri itu dari semasa ke semasa dan mendapati jumlah bekalan gas untuk kegunaan domestik tidak berada di tahap membimbangkan. 

“Untuk penjanaan elektrik dalam Malaysia 80 peratus (datang dari sumber) domestik… jadi, kita tidak terlalu bergantung pada bekalan luar… 

“Buat masa sekarang, memang bekalan cukup dan kita tidak perlu bimbang sangat,” katanya seperti dipetik Bernama.

Terdahulu beliau hadir melancarkan  inisiatif Revolutionising Industry with Graphene.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia), Azli Mohamed pula berkata, tiada kekangan dihadapi dalam industri berdasarkan operasi di seluruh negara dengan bekalan utama daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari Asia Barat… jadi secara dasarnya, sektor industri tidak berdepan dengan masalah dari segi keperluan… kita boleh bekalkan kepada 1,000 lebih pelanggan kita,” katanya. – MalaysiaMADANI