Suara dan pandangan kumpulan pelajar sekolah akan sentiasa didengari Kerajaan MADANI terutama dalam menambah baik serta meningkatkan sektor pendidikan negara.
Untuk itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek bersama Timbalannya, Wong Kah Woh serta pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) menghadiri Program FASIH KPM 2026 yang berlangsung di Parlimen Malaysia.
KPM berkata, program tersebut menjadi platform kepada murid untuk menyampaikan usul, cadangan, pandangan, idea dan aspirasi berkaitan pendidikan serta masa depan negara secara terbuka dan bermakna.
“Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada kepimpinan KPM untuk mendengar, memahami dan menghayati perspektif serta keperluan murid daripada pelbagai latar belakang,” kata KPM menerusi laman media sosialnya.
Menurutnya, FASIH KPM 2026 mencerminkan komitmen kementerian dalam memperkasa suara murid serta membentuk generasi yang berfikiran kritis.
Selain itu katanya, program tersebut juga mampu membentuk pelajar yang berkeyakinan dan berani menyuarakan pandangan demi masa depan pendidikan negara. -MalaysiaMADANI
