Petrolium Nasional berhad (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara terjamin sehingga akhir bulan Jun depan.
Perkara itu disahkan Petronas dalam kenyataan sambil memaklumkan pihaknya terus aktif menguruskan rantaian bekalan bahan api bagi memastikan stok yang mencukupi.
“Petronas membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara melalui anak syarikat tersenarai awamnya, Petronas Dagangan Berhad.
“Bakinya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia,” katanya.
Pada masa sama,
Petronas pada masa sama turut mengulangi komitmen dalam memastikan bekalan yang stabil dan boleh diharapkan untuk semua rakyat Malaysia.
“Orang ramai digalakkan untuk membeli bahan api secara bertanggungjawab mengikut keperluan harian mereka.
“Selain itu, orang ramai diharapkan mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik,” jelasnya.
Penggunaan secara bertanggungjawab itu akan turut memastikan semua mendapat akses bekalan berkenaan secara berterusan.
1 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Petronas sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak serta gas yang mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei depan. – MalaysiaMADANI
