Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus bagi pembelian tiket tren elektrik (ETS) untuk semua sektor sebagai langkah mengurangkan beban kos perjalanan rakyat susulan kenaikan harga bahan api akibat krisis tenaga global.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif berkenaan hanya terpakai bagi perjalanan pada setiap Isnin dan Khamis sebagai sebahagian usaha kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan KTMB.
“Inisiatif bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan rel dan melibatkan perkhidmatan ETS dan tren Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral.
“Pembelian tiket boleh dibuat menggunakan kod promosi akan diumumkan oleh KTMB bermula 15 hingga 30 April, bagi tempoh perjalanan dari 15 April hingga 14 Oktober,” katanya.
Anthony pada masa sama berkata. dua pas bulanan express rail link (ERL) turut diperkenalkan, iaitu MyPutrajaya Monthly Travel Card dan MyKLIA Monthly Travel Card, yang menawarkan perjalanan tanpa had dengan diskaun sehingga 90 peratus berbanding kadar biasa.
“Kedua-dua pas itu disasarkan kepada penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya serta rakyat Malaysia yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2,” katanya
Selain itu, kerajaan meneruskan Pas My50 pada harga RM50, iaitu potongan 67 peratus daripada nilai sebenar RM150, bagi penggunaan tanpa had rel dan bas selama 30 hari di Lembah Klang.
Tegas beliau sehingga kini hanya 40 pengguna pengguna pengangkutan awam memanfaatkan pas tersebut,” katanya. MalaysiaMADANI
