Berita

Baucar Buku MADANI RM100 diteruskan 

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 akan diteruskan kepada pelajar sekolah menengah  dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya meskipun negara berdepan cabaran berikutan konflik Asia Barat namun inisiatif tetap diteruskan.

“Soal program Baucar Buku MADANI ini saya tiada pilihan. 

“Saya beritahu Kementerian Kewangan bahawa ekonomi negara menghadapi kesukaran, tetapi tentang buku dan pendidikan harus tetap diberikan keutamaan,”katanya yang dipetik Astro Awani.

Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meneruskan program berkenaan demi memastikan budaya membaca terus dipupuk dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak menggunakan baucar berkenaan sepenuhnya bagi mendapatkan bahan bacaan yang bermanfaat dan tidak sekadar menyimpannya.

Bantuan RM100 yang diberikan sejak beberapa tahun lepas, kini disalurkan secara terus. Jadi, apabila anda membeli buku, anda akan menikmati diskaun tersebut.

Pada masa sama Anwar walaupun kerajaan melaksanakan langkah penjimatan dalam beberapa sektor bagi memastikan kestabilan kewangan negara, aspek pendidikan dan budaya ilmu tidak akan diketepikan.

Setiap kementerian dan agensi tegas beliau telah diminta mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi memastikan kedudukan ekonomi negara kekal kukuh. – MalaysiaMADANI