Berita

Eksport Malaysia ke Jepun bernilai RM8.4 bilion 

Nilai dagang sektor agromakanan antara Malaysia dan Jepun tahun lalu mencecah lebih RM10.5 bilion dan nilai eksport Malaysia ke Jepun bernilai RM8.4 bilion. 

Selari dengan itu, Malaysia bersedia  meningkatkan lagi kerjasama dua hala dengan Jepun dalam sektor agromakanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Malaysia dan Jepun berkongsi hubungan yang rapat dan merupakan rakan dagang Malaysia yang besar khususnya dalam sektor agromakanan. 

“Malaysia akan berusaha membuka peluang pasaran yang lebih luas untuk meningkatkan perdagangan dan pendapatan ekonomi petani dan pengeluar agromakanan. 

Ini bermakna nilai eksport Malaysia ke Jepun adalah lebih daripada import dan ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi negara kita,” katanya. 

Perkara demikian disuarakan ketika menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya, Timbalan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Takahashi Mitsuo. 

Tahun lalu, nilai dagang agromakanan antara kedua-dua negara mencecah lebih RM10.5 bilion di mana nilai eksport Malaysia ke Jepun bernilai RM8.4 bilion. 

Malah, antara barangan agromakanan yang paling utama diekesport ke negara itu adalah kopi, koko, teh, rempah, bijirin dan makanan haiwan. 

Arthur pada masa sama mendedahkan, Malaysia  telah dipilih sebagai lokasi Platform Eksport Makanan Jepun sekali gus menjadi negara majoriti Islam pertama di dunia. 

Katanya, ia merupakan usaha untuk Malaysia meluaskan pasaran dan meningkatkan lagi peluang ekonomu bagi sektor pertanian dan industri makanan negara ini. 

“Langkah ini diharap dapat membuka peluang kepada lebih banyak syarikat Jepun untuk menembusi pasaran halal serta mendapatkan pengiktirafan halal,” katanya. 

Beliau pada masa sama menyatakan kesediaan kementerian bagi menyokong usaha berkenaan selain memohon sokongan serta bantuan Jepun bagi mempertingkatkan kualiti produk keluaran penternak tempatan melalui perkongsian kapasiti dan latihan. -MalaysiaMADANI