Berita

Dana RM30 juta untuk tingkatkan kemahiran komuniti India

DALAM usaha memperkasakan kemahiran belia India, dana sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan bagi membolehkan golongan tersebut meraih manfaat pendapatan tinggi di masa depan.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan memaklumkan, program peningkatan kemahiran komuniti India itu akan dikendalikan menerusi insiatif Kemahiran India Malaysia (MISI) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)- Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) menyediakan program-program bagi peningkatan kemahiran golongan belia India di negara ini.

“Program peningkatan kemahiran belia komuniti India akan diterajui KESUMA menerusi HRD Corp dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan MITRA.

“Inisiatif tersebut akan menekankan latihan dalam bidang kritikal terutama yang memenuhi kehendak Industri dan keperluan negara,” katanya.

KESUMA pada masa sama menjelaskan inisiatif MISI-KESUMA ini adalah ia selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan iaitu Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja. – MalaysiaMADANI