Berita

Belanjawan 2027: Bela nasib rakyat, tingkat taraf hidup lebih bermaruah

Hari dinanti sudah tiba. Saksikan Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Insya-Allah petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi,” kata beliau menerusi laman media sosialnya.

Beliau berkata, Belanjawan MADANI kelima itu meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat dan agar taraf kehidupan terus ditingkatkan.

Tambah beliau, nasib rakyat akan terus terbela dan setiap daripada masyarakat dapat hidup secara bermaruah.

“Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada jam 3.30 petang ini,” ujar beliau. -MalaysiaMADANI