Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 2023 yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan shariah dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.
Kadar itu lebih tinggi berbanding 2022 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi simpanan shariah.
“Untuk tahun berakhir 31 Disember 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022, jumlah tersebut adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut.
“Agihan dividen sebanyak RM57.81 bilion itu akan memanfaatkan lebih 16 juta ahli KWSP, merangkumi individu dari kedua-dua sektor formal dan informal,” kata KWSP dalam kenyataan.
Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan “Daripada RM66.99 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM5.72 bilion dijana daripada keuntungan mark-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen.
Katanya, aset pelaburan KWSP terus mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak RM1.135 bilion pada 2023 , naik 13 peratus berbanding RM1.0 bilion pada Tahun Kewangan 2022.
“Peningkatan ini merangkumi pendapatan yang dijana daripada portfolio dan jumlah caruman diterima pada 2023 berjumlah RM97.56 bilion, naik 15 peratus berbanding RM84.78 bilion pada 2022,” katanya.
Sementara itu, Pengerusinya Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, meskipun berdepan dengan ketegangan geopolitik, peningkatan kadar faedah, inflasi, konflik rantau, serta masalah sektor hartanah China, ekonomi global tetap berdaya tahan dan memberikan prestasi di luar jangkaan.
“Ini memberikan pelabur seperti institusi KWSP untuk menguruskan kepelbagaian portfolionya secara aktif dan merebut peluang untuk meningkatkan pulangan.
“KWSP berupaya memberikan hasil dividen yang lebih baik yang lebih baik berikutan prestasi berdaya tahan pada tahun 2023, dengan ekuiti memainkan peranan penting dalam memacu prestasi keseluruhan.,” katanya. – Malaysia MADANI