Berita

Anwar minta Kementerian Kewangan selaraskan mesyurat jawatankuasa JS-SEZ

Kementerian Ekonomi diminta menyelaras mesyuarat di peringkat jawatankuasa kerja bagi menyusuli beberapa cadangan berkaitan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Special Economic Zone (JS-SEZ).

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya.

“Seraya diapit Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat, mesyuarat telah membincangkan status terkini kemajuan JS-SEZ dan Zon Kewangan Khas (SFZ).

“Beberapa program dan projek menaik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat juga dibincangkan dalam mesyuarat itu,” katanya.

Mesyuarat berkenaan turut disertai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan negeri berkenaan.

Katanya, semua projek itu merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang.

Antaranya Lebuhraya Senai ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan Senai ke Desaru. Rancangan Tebatan Banjir bagi daerah Segamat, Kota Tinggi dan di Batu Pahat.

“Tidak ketinggalan, Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 dan kerja-kerja menaik taraf Hospital Sultanah Aminah, Bangunan Sultan Iskandar serta Kompleks Sultan Abu Bakar.” ujarnya.

Selain itu ia juga melibatkan cadangan penyuraian, pengurusan trafik dan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Johor Bahru serta hala tuju Iskandar Rapid Transit dan bekalan air Johor melibatkan Sungai Pontian Besar, Sungai Sedili Besar, Sungai Gembut, Air Layang 2 dan Sungai Johor,” katanya. – Malaysia MADANI