Berita

Kementerian Ekonomi anjur Pertandingan Esei dan Pertandingan Pandangan Terbaik

Sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, orang ramai dijemput untuk menyertai Pertandingan Esei dan Pertandingan Pandangan Terbaik Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.

Menariknya, pertandingan yang dianjurkan Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu menawarkan hadiah Istimewa melebihi RM100,000.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan memaklumkan, pertandingan berkenaan terbuka kepada semua warganegara yang berumur 12 tahun dan ke atas.

“Bagi kategori A (12 hingga 17 tahun) dan B (18 tahun dan ke atas),” katanya dalam kenyataan, 16 Februari lalu.

Bagi mereka yang berminat, mereka hanya perlu mengimbas QR yang disediakan di dalam poster bagi mendapat borang penyertaan, terma dan syarat pemenang. – Malaysia MADANI