Berita

3.82 juta kemas kini maklumat PADU, setakat 26 Februari

Seramai 3.82 juta rakyat di negara ini berjaya mengemas kini maklumat dan mendaftar dalam pangkalan Data Utama (PADU) sehingga 11.59 malam, 26 Februari lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook PADU Official, jumlah tersebut adalah daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

“Sehingga 26 Januari 2024 pukul 11.59 malam, bilangan individu yang telah mengemas kini maklumat adalah seramai 21.97 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan bersama hantaran itu, mendapati penduduk Selangor menjadi paling ramai iaitu 0.58 juta selepas berjaya mengemas kini dan pendaftaran berkenaan.

Diikuti Sarawak (0.50 juta) dan Johor (0.37 juta) yang berjaya mengemas kini pendaftaran berkenaan.

Sejak 1 Januari lalu sistem Padu dibuka kepada orang ramai bagi tujuan kemas kini dan pengesahan maklumat individu.

Orang ramai juga boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem PADU menerusi laman sesawang www.padu.gov.my, yang dibuka hingga 31 Mac ini.


Manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi. – Malaysia MADANI