Berita

Pelan Induk Industri Halal 2030 lonjak Malaysia peneraju global

Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) diyakini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pengeluar barangan halal terkemuka dunia.

Halal Development Corporation Berd (HDC) dalam kenyataan berkata, pelan tersebut bukan sekadar pelan induk tetapi ia langkah berani dan berimpak tinggi demi menjamin kemakmuran jangka panjang rakyat di negara ini.

“Dengan memanfaatkan infrastruktur industri Halal sedia ada di Malaysia, kami menyasarkan untuk menjadi peneraju global dalam industri Halal.

HIMP bukan sahaja mengenai pembangunan dalam sempadan negara tetapi boleh meletakkan Malaysia di peringkat global sebagai pemain terkemuka dalam industri Halal,” katanya yang dimuat naik di Facebook.

HDC Pada masa sama, yakin rangka tindakan strategik itu bukan sahaja mampu memupuk pengembangan industri Halal tempatan tetapi boleh membangunkan pemimpin tempatan berkembang maju di pasaran antarabangsa.

“Kesungguhan ini mampu menaikkan nama negara untuk menjadi pemain utama dalam pengeluaran makanan Halal dan keseluruhan rantaian bekalan industri Halal,” katanya. – Malaysia MADANI