Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian kepada kebajikan dan peranan diaspora Malaysia kerana golongan berkenaan antara aset penting yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan antarabangsa negara.
Perkara itu nyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluangkan masa bertemu dan meraikan rakyat Malaysia yang menetap di Turkmenistan dalam satu sesi bersama diaspora Malaysia di Ashgabat, hari ini.
Anwar memveri jaminan akan terus memberi perhatian kepada kebajikan dan peranan diaspora Malaysia kerana golongan berkenaan merupakan antara aset penting yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan antarabangsa negara.
” Rakyat Malaysia yang berada di luar negara memainkan peranan penting sebagai duta tidak rasmi negara dalam mempromosikan imej, reputasi serta memperluaskan jaringan hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa.
.”Walaupun berada jauh dari tanah air, semangat patriotisme dan keakraban yang ditunjukkan komuniti Malaysia di luar negara membuktikan hubungan mereka dengan negara tidak pernah terputus.
“Mereka merupakan duta tidak rasmi negara yang mempunyai peranan besar dalam membina reputasi dan imej Malaysia, selain membantu memperluaskan jaringan serta mengangkat martabat negara di persada dunia,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan tujuan lawatan rasmi beliau ke Ashgabat yang tidak hanya tertumpu kepada aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi semata-mata.
Sebaliknya, lawatan tersebut turut bertujuan memperluaskan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Turkmenistan, memperkukuh persefahaman serta meneroka peluang kerjasama baharu yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Hubungan erat yang terjalin antara rakyat dan kerajaan kedua-dua negara akan menjadi asas penting dalam memperkukuh kerjasama strategik serta membuka lebih banyak peluang dalam pelbagai sektor pada masa hadapan.
Pertemuan bersama diaspora Malaysia itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menghargai sumbangan rakyat Malaysia di luar negara serta memastikan mereka terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan dan kemajuan negara. – MalaysiaMADANI
