Berita, Siaran Media

AirTrunk tingkat pelaburan RM12 bilion di Malaysia -PM

Syarikat platform pusat data hiperskala, terkemuka, AirTrunk, bakal meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi pada tahun ini untuk membina dua lagi pusat data baharu di Iskandar Puteri, Johor, sekali gus  menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan di Malaysia mencecah RM27 bilion.

Perkara itu dimaklumkan  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerima kunjungan hormat pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda bersama delegasi syarikat berkenaan.

“Dalam pertemuan tersebut, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat data AirTrunk di Johor, selain kerangka lokalisasi yang bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai industri pusat data.

“Komitmen pelaburan berkenaan amat dialu-alukan dan diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif serta berkeupayaan tinggi,” kata.

Keputusan itu kata Anwar jelas mencerminkan keyakinan pelabur, khususnya syarikat teknologi global terhadap kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik.

“Terutamanya syarikat-syarikat teknologi global terhadap kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik ketika kerajaan memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data,” katanya. – MalaysiaMADANI