Berita

Lima garis panduan berkaitan pengurusan bencana, kesiapsiagaan dilancar KKM

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melancarkan lima garis panduan baharu berkaitan pengurusan dan kesiapsiagaan bencana dalam usaha memastikan sistem pengurusan bencana yang komprehensif.

Selain bertujuan meningkatkan keupayaan yang lebih baik bagi meningkatkan kesiapsiagaan bencana.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzuklefly Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mempertingkatkan keupayaan pengurusan bencana melalui pelbagai inisiatif.

“Pelancaran garis panduan berkenaan dilihat bertepatan dengan situasi semasa di mana perubahan iklim dan ancaman kesihatan global yang menguji ketahanan sistem kesihatan negara,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan perasmian Persidangan Pengurusan Bencana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli,  dan  Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Beliau menegaskan garis panduan yang dilancarkan merupakan dasar dan mekanisme pengurusan bencana yang menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana.

“Lima  garis panduan baharu yang telah dilancarkan merangkumi Pelan Pengurusan Bencana Peringkat KKM 2024, Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC), Prosedur Operasi Standard 2024

Selain itu garis panduan lain adalah Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan bahan Letupan (CBRNe), Pasukan Penilaian Pantas dan pasukan Tindak Pantas (RRT) 2024 dalam situasi krisis kesihatan,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif penghasilan semua garis panduan ini telah bermula sejak tahun 2019 dari pelbagai pihak bagi memastikan KKM mempunyai sistem pengurusan bencana yang komprehensif.

Bagaimanapun tegas penyediaan garis panduan berkenaan dilakukan secara komprehensif dan sistematik dalam pengurusan bencana adalah langkah penting dalam memastikan kesiapsiagaan respon pantas dan pemulihan yang berkesan.

Malah, kesemua garis panduan berkenaan telah diuji dalam beberapa simulasi di peringkat daerahm negeri, kebangsaan. – MalaysiaMADANI