Berita

‘Perlu jadi peneraju yang hebat, beri kesan kepada komuniti ASEAN’

MALAYSIA perlu menjadi peneraju yang hebat dengan pelbagai program yang disusun supaya memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN, kata Perdana Menteri. 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mempengerusi Mesyuarat jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN- Malaysia 2025 di Putrajaya. 
 

Katanya dengan hanya  berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas selaku pengerusi daripada Laos. 
 
“Saya tekankan keperluan untuk setiap kementerian lakukan persediaan yang mantap serta menyeluruh. 
 

“Malaysia perlu menjadi peneraju yang hebat dengan pelbagai program yang disusun harus benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN keseluruhannya,” katanya. 
 

Laos bakal menyerahkan jawatan itu pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung 8 hingga 11 Oktober depan. 
 
Malaysia sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerus ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.