Berita

40 tan metrik durian segar dieksport ke China

FASA pertama penghantaran berjumlah 40 tan metrik durian pelbagai jenis seperti Musang King, D24, IOI dan Black Thorn menjadi penghantaran pertama durian segar ke China.

Kesemua penghantaran pertama itu selamat tiba di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, semalam.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad Sabu dalam kenyataan memaklumkan, pengeksportan pertama durian segar tersebut adalah hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeskportan Buah Durian Segar Dari Malaysia ke Republik Rakyat China (GACC) pada 19 Jun lalu.

“Penghantaran itu dibuat berperingkat, membabitkan 15 tan metrik sudah tiba di destinasi pada hari ini, manakala 15 tan metrik lagi ke Zhengzhou dan 10 tan metrik ke Shenzhen. 

“Akses pasaran ini adalah perkembangan positif yang akan menyumbang kepada peningkatan nilai eksport sektor durian ke negara China di mana sebelum ini hanya durian dalam bentuk sejuk beku yang dibenarkan.

“Tambahan akses durian ini akan memberi peluang kepada usahawan durian tempatan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneroka pasaran di China seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

“Kejayaan ini juga akan memberi peluang kepada usahawan durian tempatan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi menerokai pasaran di China, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan. 
 
Kesemua durian segar berkenaan akan terus diedarkan oleh 10 syarikat pengimport melalui outlet-outlet peruncitan mereka di enam wilayah membabitkan Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Nanning. 

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sepanjan lima tahun bermula dari 2018 hingan 2022 prestasi eksport mengalakkan dengan nilai eksport durian telah berkembang 256 .3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta.

“Pada tahun 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilau sebanyak RM 1.14 bilion iaitu nilai tertinggi dalam sejarah sehingga kini,” katanya.

Terdahulu, Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan Gabenor Wilayah Henan, Wong Kai, dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa kejayaan pengeksportan durian ke China pada tahun ini akan membuka peluang kerjasama lebih luas membabitkan sektor pertanian pada masa depan.

Katanya ia adalah satu kejayaan bersejarah dalam menyambut ulang tahun 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China.

“KPKM berharap pengeksportan durian segar yang bermula kini akan meningkatkan kerjasama perdagangan antara Malaysia dengan China,” katanya.

Pada pertemuan itu, Mohamad turut menjemput Wong Kai untuk menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 22 September depan. – MalaysiaMADANI