Berita

E-sisa akan terus dipantau dan dihantar ke negara asal – NRES

KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi jaminan akan terus memperkasa pemantauan dan penguatkuasaan bagi pengimportan e-sisa yang digunakan oleh industri kitar semula.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, adalah menjadi dasar negara untuk tidak membenarkan pengimportan e-sisa dan tindakan akan diambil kepada pihak pengimport, ejen penghantaran dan logistik, pengangkutan kargo dan ‘liners/carriers’ yang terlibat dalam pengimportan buangan berbahaya termasuk e-sisa secara haram.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena e-sisa import tersebut ke negara asal selaras dengan Artikel 9, Konvensyen Basel,” ujar katanya,

Terdahulu beliau membuat lawatan kerja operasi gempur pengimportan haram sisa elektronik (e-sisa) di Westport, Pelabuhan Klang.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dan EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin.

Justeru, tindakan penahanan dan pemeriksaan bersepadu dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan.

Katanya, bagi kontena yang melibatkan dagangan e-sisa, kes masih lagi dalam siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Terdahulu, NIk Nazmi berkata, Jabatan kastan Diraja (JKDM) berjaya menahan 301 kontena sepanjang 21 mac hingga 19 Jun lalu yang dipercayai mengandungi e-sisa serta skrap logam yang diseludup masuk secara haram ke negara ini.

Malah hasil pemeriksaan mendapati 106 daripada kontena tersebut mengandungi e-sisa dan selebihnya skrap logam. – MalaysiaMADANI