Bantuan tunai khas kepada isi rumah oleh kerajaan Malaysia adalah satu usaha yang dapat membantu mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan asas dalam hidup mereka.
Menurut Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga (MACFEA), Prof Dr Ahmad Hariza Hashim, usaha mewujudkan bantuan itu satu langkah wajar tetapi pada masa sama kerajaan perlu bertindak proaktif untuk mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan.
Penerima bantuan juga perlu berusaha meningkatkan ekonomi keluarga semasa mereka menerima bantuan. Peluang ini harus dimanfaatkan untuk memikirkan jalan meningkatkan ekonomi keluarga, termasuk mengubah nasib keluarga dengan bantuan kerajaan yang lain.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mustazar Mansur, kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk mengenal pasti penerima yang benar-benar layak. Hal ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam memberikan bantuan secara tepat sasaran.
Bantuan tunai khas juga sangat diperlukan secara bersasar kerana Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030. Sebagai contoh, warga emas tiada dana persaraan tempat penjagaan, beban pelbagai penyakit, dan anak yang tidak mampu membantu. Oleh itu, bantuan tunai khas sangat diperlukan bagi golongan yang tidak berupaya.