Berita

MoF nafi Bayaran Penghargaan SARA bernilai RM100 pada hujung September

Kementerian Kewangan (MoF) menafikan maklumat yang tular mendakwa bahawa Bayaran Penghargaan SARA 2026 sebanyak RM100 akan bermula pada 28 September ini.

MoF berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat tersebut.

Katanya, semua pihak perlu sentiasa merujuk saluran rasmi MoF bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

“Untuk makluman, SARA Untuk Semua 2026 sebanyak RM100 telah disalurkan secara sekali beri kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa melalui MyKad mulai 9 Februari 2026,” kata MoF menerusi laman media sosialnya. 

Jangan mudah terpedaya. Semak sebelum sebar. -MalaysiaMADANI