Pembangunan semula Carcosa Seri Negara akan siap Julai ini dan diyakini mampu menghidupkan semula sejarah selain memastikan warisan terus dihargai, kata Dr Zaliha Mustafa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata, pembangunan semula yang dilakukan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Khazanah Nasional itu menjadikan projek ini sebagai flagship kedua dalam pemuliharaan warisan Kuala Lumpur.
Bagi usaha menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) dan persiapan ASEAN – Malaysia 2025.adalah selaras Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) dan persiapan ASEAN – Malaysia 2025.
“Usai urusan di Parlimen, saya turun padang meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD).
“Insya-Allah pembangunan semula Carcosa Seri Negara ini akan siap pada Julai tahun ini. Kami berusaha untuk buat satu program khas seperti Hi-Tea untuk memperkenalkan Heritage Malaysia kepada delegasi-delegasi luar negara,”katanya.
Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, kerajaan komited menjadikan Kuala Lumpur bukan sekadar bandar raya moden, tetapi kota dengan identiti yang kaya dengan sejarah dan budaya.
Beliau berkata, fasa pertama memulihara Seri Negara sebagai Muzium dan Galeri Seni. manakala fasa kedua pula melibatkan pembangunan Hotel Lindungan-Eko, menggabungkan hospitaliti bertaraf dunia dengan kelestarian alam.
Bangunan yang terletak di Bukit Perdana itu ditutup sejak 1 Jun 2019 selepas Kerajaan Persekutuan mengambil alih premis itu daripada pihak ketiga. – MalaysiaMADAN