Kerajaan MADANI mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mentadbir negara sepanjang dua tahun ini yang bermula dengan ketegasan pimpinan daripada barisan jemaah menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu menyebabkan kerenah picisan yang mengkritik pentadbiran oleh pihak-pihak tertentu tidak perlu diberikan perhatian.
“Kerajaan hari ini sentiasa mengamalkan dasar yang telus dan tidak berselindung dengan rakyat, tidak mengamalkan penyelewengan rasuah serta amalan penyalahgunaan kuasa.
“Keistimewaan kerajaan MADANI adalah ketegasan pimpinan bermula jemaah menteri yang telus bagi memastikan setiap dana rakyat dan setiap kelulusan perolehan melalui prosedur telus.
“ Ini bagi saya bukan mudah dilakukan dan memerlukan tekad politik yang jelas serta kerjasama barisan pimpinan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Townhall Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama pada sesi townhall itu Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Tegas beliau banyak negara luar kini mengiktiraf kejayaan Malaysia dan situasi itu memberikan keyakinan rakyat.
“ Rakyat kini semakin yakin dan menunjukkan kesediaan untuk bersama dalam melonjak Malaysia ke persada dunia,” katanya. – MalaysiaMADANI
Kerajaan MADANI miliki keistimewaan tersendiri, telus dengan rakyat
23
Nov