TIMBALAN Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa komited untuk menambah baik perkhidmatan dengan harapan pencapaian ini akan terus meningkat.
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI pelbagai usaha dijalankan dan pencapaian telah berjaya dilakarkan.
“Namun dalam melakar hala tuju yang jelas kami akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak demi memastikan kepentingan setiap komuniti terjaga.
Demi negara dan masa depan kita semua, kami ingin bersama anda semua dalam membentuk Malaysia yang sejahtera,” katanya.
Justeru beliau mengajak semua masyarakat untuk bersama-sama mengunjungi Program Dua Tahun MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada semua semua golongan masyarakat.
“Marilah jadir ke Program 2 Tahun MASANI dan Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 dari 22 hingga 24 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,” katanya.
Program yang bertema MADANI di hati, rakyat disantuni juga merupakan platform untuk berkongsi pencapaian kerajaan dalam tempoh pentadbiran kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia juga dirangka bagi memberikan pendedahan secara terus kepada rakyat, dengan menguar-uarkan inisiatif, dasar baharu kerajaan serta pencapaian yang diterima sepanjang tempoh ini. – MalaysiaMADANI