MALAYSIA akan bekerjasama dengan Qatar dalam beberapa bidang kesihatan bagi mengeratkan hubungan terutama dalam diplomasi kesihatan.
Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad ketika menerima kunjungan hormat kepada Duta Besar Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour.
“Kedua-dua negara kini dalam proses menyediakan Menorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam beberapa bidang penting Kesihatan.
“Antara potensi kerjasama yang dibincangkan adalah dalam bidang pelancongan perubatan, farmaseutikal, keselamatan makanan, peranti perubatan dan pembinaan kapasiti serta latihan,” katanya.
Dalam lawatan berkenaan, kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KKM dan pegawai kanan Kedutaan Besar Qatar.
Terdahulu beliau berkata, Qatar amat menghargai hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama.
Pada lawatan berkenaan, KKM melalui agensi Medical Device Authority (MDA) turut menjemput pihak Qatar untuk menghadiri Mesyuarat ke-28 Global Harmonization Working Party (GHWP) dari 9 hingga 12 Disember 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Katanya, Malaysia sedia untuk menyokong permohonan keahlian Qatar di dalam GHWP semasa Mesyuarat GHWP ke-28 tersebut. – MalaysiaMADANI