Berita

Malaysia- China perkukuh kerjasama tangani jenayah global 


 
MALAYSIA dan CHINA terus memainkan peranan penting dalam usaha bersama memerangi jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, jenayah siber dan penyeludupan dadah, Kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika berucap di Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 di Haizhou Bayview Conference Centre, Lianyungang, China, hari ini. 

“Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian penting untuk memperkukuh kerjasama dalam menangani jenayah global,” katanya. 
 

Di pentas sama beliau turut mengetengahkan isu perjudian haram dalam talian yang semakin membelenggu ekonomi global. 
 
Beliau yakin kerjasama erat antara Malaysia dan China dalam menangani isu ini pastinya akan membuahkan hasil yang signifikan terutamanya di dalam membanteras sindiket jenayah perjudian dan penggubahan wang haram, meningkatkan keselamatan sosial dan mengurangkan ketagihan perjudian. 
 
“Saya juga menekankan pentingnya penggunaan teknologi moden seperti pengecaman wajah dan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh keselamatan awam.  
 
“Di Malaysia, kita telah memperkenalkan sistem NG999 yang menggunakan peta digital dan AI untuk mempercepatkan tindak balas kecemasan melalui penyelarasan bersepadu antara Agensi Kerajaan dan komuniti. 
 

Justeru beliau menaruh harapan agar semua pihak terus bekerjasama dalam menghadapi cabaran keselamatan global dan memperkukuh perpaduan antarabangsa demi keamanan dan kesejahteraan dunia.

 
Terdahulu, dalam ucapan beliau memuji kepimpinan Presiden Xi Jinping melalui Inisiatif Keselamatan Global (GSI), yang telah membuka jalan kepada kerjasama keselamatan antarabangsa yang lebih kukuh. – Malaysia MADANI