Berita

Johor  pengeluar nanas paling besar dalam negara, sumbang kepada pasaran eksport

SEKTOR pertanian merupakan penyumbang ketiga tertinggi kepada KDNK Johor sebanyak 11.6 peratus, dengan nilai RM17.21 bilion sekaligus mengangkat Johor sebagai negeri penyumbang terbesar kepada sektor pertanian Malaysia. 
 
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pencapaian negeri Johor yang cemerlang adalah hasil daripada kestabilan politik dan ekonomi yang dinikmati daripada pengurusan negeri yang baik, berwawasan dan berinovatif dalam membangunkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat. 
 
“Johor  kini sedang melakar nama sebagai pengeluar buah nanas paling besar dalam negara dan akan menyumbang kepada pasaran eksport. 
 
“Pencapaian negeri Johor yang cemerlang adalah hasil daripada kestabilan politik dan ekonomi yang dinikmati daripada pengurusan negeri yang baik, berwawasan dan berinovatif dalam membangunkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya. 
 
Terdahulu, beliau mengadakan Perjumpaan bersama warga Peladang Daerah Kluang.  
 

Program tersebut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan kerjasama dalam sektor pertanian dan agromakanan dengan warga peladang dan usahawan agromakanan. 
 

Pada majlis sama beliau menyampaikan geran kepada peladang bernilai RM1.29 juta meliputi beberapa bantuan geran dan insentif dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Geran Agrepeneur Muda, Geran Agropelancongan, Bantuan Kepada Nelayan Darat dan Nelayan Zon A serta Bantuan Pemilikan Jentera Kecil dan Serdahana Secara Geran Padanan,” katanya. – MalaysiaMADANI