Berita

Kesiapsagaan optimun hadapi acaman global – menteri kesihatan

KERAJAAN membuat persediaan dan meletakkan kesiapsiagaan yang optimum dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan global kata, Menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam memastikan kesihatan awam terjamin, langkah-langkah kawalan sempadan yang ketat sedang dilaksanakan dalam melindungi negara terutama ancaman penyakit berjangkit seperti MPOX.

Perkara berkenaan dinyatakan ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

“Lawatan kerja rasmi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah langkah proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan KKM sekiranya negara menghadapi situasi kecemasan kesihatan,” katanya.

Turut hadir mengiring Dr Dzulkefly dalam lawatan berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalannya, Datuk Dr. Norhayati binti Rusli dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit. Dr. Thilaka a/p Chinnayah.

Dalam lawatan berkenaan beliau turut memeriksa beberapa kawasan kritikal sebagai langkah awal mencegah penyebaran penyakit termasuk kawasan pemantauan ketibaan pengembara di pintu masuk, kaunter imbasan suhu serta saringan demam kuning.

Beliau juga berpeluang meninjau bilik rawatan dan pusat kuarantin kesihatan yang disediakan di KLIA bagi memastikan kelengkapan fasiliti dan kakitangan yang terlatih mampu memberi rawatan kepada pengembara dengan segera.

“Lawatan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan awam tetapi juga memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa langkah-langkah kawalan sempadan yang ketat sedang dilaksanakan untuk melindungi negara,” katanya lagi.
.
Pada lawatan sama beliau turut melakukan kunjungan ke kaunter imigresen sebagai sebahagian daripada lawatan bagi memastikan semua prosedur kawalan sempadan dipatuhi. – MalaysiaMADANI