Berita

MARA terus cakna, bantu pinjaman, pembiayaan dan ilmu keusahawanan

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) sentiasa memainkan peranan dalam meneraju pembangunan ekonomi bumiputera dari aspek ekonomi, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan WIlayah.

Datuk Rubiah Wang berkata, MARA yang berada di bawah kementeriannya juga menyediakan pelbagai jenis bantuan, pinjaman dan pembiayaan bagi setiap aspirasi yang mencakupi usahawan mikro sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya amat berharap para usahawan dapat mengambil peluang dalam memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

“Ini penting agar kita semua dapat menjana pendapatan tambahan keluarga dan pada masa yang sama meningkatkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Ngiling Bidai Marut Kiresah Persatuan Penyewa Arked Serian (BAPAMAS) di Hotel Roxy, Serian.

Pada majlis berkenaan Arked MARA Serian ini mempunyai 25 buah lot yang disewa kepada pelbagai jenis perniagaan termasuklah pejabat kontraktor, gaya hidup, dan pelbagai perkhidmatan lain.

Justeru beliau berharap arked berkenaan boleh merubah corak ekonomi tempatan terutamanya ahli-ahli BAPAMAS yang menapakkan perniagaan mereka. – MalaysiaMADANI