Berita

MOTAC anjur Rangkaian Pembangunan Pengurusan Sumber Pelancongan ASEAN 2024

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Program Rangkaian Pembangunan Pengurusan Sumber Pelancongan ASEAN 2024 (ATRM) 2024’ di Pulau Pinang dengan bertemakan ‘Liveable Ecotourism’.

Program berlangsung pada 24 sehingga 28 Jun 2024 dan dirasmikan Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha MOTAC.

Dalam program itu MOTAC berjaya menghimpunkan pegawai dan penggerak industri pelancongan dari kalangan negara ahli ASEAN termasuk pegawai-pegawai dari MOTAC.

Empat penceramah terdiri dari pakar eko-pelancongan, sukarelawan The Habitat, Penang Hill dan Pengarah Jabatan Pembangunan Lestari, Majlis Bandaraya Seberang Perai dijemput untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman menerusi bengkel dan aktiviti pembangunan, perkongsian pengetahuan dan rangkaian.

Melalui perkongsian itu, kerjasama pelbagai phak dijangka dapat dibentuk untuk mengukuhkan keupayaan kolektif bagi memudahkan peluang eko-pelancongan di kalangan negara anggota. – MalaysiaMADANI