Peningkatan pelaburan pada suku keempat 2023 jelas memberi gambaran positif kepada pertumbuhan ekonomi masa depan negara ini.
Pakar ekonomi Dr. Nungsari Ahmad Radhi yang dipetik Bernama sebagai berkata, keadaan ekonomi negara semakin baik berikutan telah berlaku pengembangan pembentukan modal.
Jumaat lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjelaskaan kedudukan pelaburan antarabangsa negara ini mencatatkan peningkatan asset bersih berjumlah RM119.4 bilion pada akhir suku keempat tahun lalu berbanding RM94.9 bilion suku tahun 2023.
Malah, pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat sebanyak RM11.4 bilion kepada RM926.3 bilion pada akhir suku keempat dengan 50.6 peratus, diikuti pembuatan (42.2 peratus: RM390.8 bilion) dan perlombongan dan kuari (4.5 peratus: RM42.1 bilion).
Manakala pelaburan langsung di luar negara berjumlah RM662.8 bilion, perlombongan dan kuari (RM80.5 bilion) dan sektor pembuatan (RM59.9 bilion).
Justeru, Nungsari menegaskan negara perlu melakukan perubahan drastik termasuk melakukan lebih banyak pelaburan dalam negara dan melalui FDI, termasuk melabur dalam bidang baharu bagi meningkatkan kapasiti ekonomi.
Katanya, ekonomi perlu berbeza dari segi struktur kerana ia memperoleh daya saing dalam bidang baharu.
“Mengembangkan apa yang sudah kita lakukan tidak akan berjaya. Kita perlu melabur dalam kapasiti baharu dalam perkara baharu. Kita perlu mempunyai lebih banyak perkara ini,” katanya.