Berita

KKM buka permohonan untuk sertai pasukan perubatan ke Gaza

Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuka permohonan dalam talian bagi mana-mana pegawai perubatannya yang berminat menyertai pasukan perubatan Malaysia ke Semenanjung Gaza. Mereka yang terpilih akan menerima latihan yang sesuai sebelum berangkat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Integriti dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) KKM tahun 2023, berkata bahawa pasukan itu telah dipilih dan dilatih secara menyeluruh untuk bersedia secara mental, fizikal dan emosi untuk menghadapi situasi berisiko tinggi di medan perang.

Sementara itu, KKM telah mengenal pasti pasukan perubatan yang akan diberi tugas ke Gaza, dan mengambil langkah untuk bekerja dengan Kementerian Luar dan agensi awam lain serta koordinasi Bulan Sabit Merah Antarabangsa, dalam usaha untuk memastikan penghantaran bantuan ke Gaza berjalan lancar.

Dr Zaliha menegaskan bahawa KKM memantau situasi di Gaza, dan bekerja dengan pasukan seperti Palang Merah Antarabangsa dan Mercy Malaysia. KKM juga berhubung secara langsung dengan mereka untuk memenuhi keperluan peralatan dan ubat-ubatan.

Sebelum ini, KKM telah menghantar bantuan kemudahan perubatan pertama pada 3 November dan penerbangan kedua pada 11 November. Sekarang, mereka akan menghantar alat guna habis ‘consumables’ dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga dalam tempoh terdekat.

Sumber: Buletin TV3