Berita, Siaran Media

BUDI Agri-Komoditi diteruskan secara bersasar

Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MTEN).

“Memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi dunia. 

“Atas pertimbangan tersebut, Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,” katanya.

Mesyuarat  pada masa sama turut mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berhubung cabaran krisis rantaian bekalan global yang semakin memberi tekanan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Mengulas lanjut beliau memberi  jaminan bekalan ubat di negara ini masih berada pada tahap stabil.

Bagaimanapun katanya KKM  akan terus memantau secara rapi sebarang cabaran rantaian bekalan dan harga ubat bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa keadaan.

“Apa jua cabaran yang mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,” katanya. – MalaysiaMADANI