Berita, Siaran Media

Inisiatif BDR berjaya jimatkan RM4.22 juta subsidi petrol  – KSN

Pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) berjaya menjimatkan RM4.22 juta subsidi petrol RON 95 yang bersamaan 2.14 juta.

Perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika hadir menyampaikan amanat dan merasmikan Majlis Apresiasi ‘Encouraging, Responsibility, Accountability, Trustworthiness’(ERAT).

Katanya sejak pelaksanaan inisiatif yang bermula 15 April lalu sehingga data direkodkan 25 Mei, ia berjaya membantu kerajaan menangani bebanan kewangan ekoran daripada krisis bekalan global.

“Perlu diingatkan sekali lagi, BDR ini bukan bermaksud ‘Baring Duduk Rehat’. Ia bertujuan bagi mengawal penggunaan petrol, maka kerajaan luluskan BDR bermula 15 April lepas.

“Walaupun tekanan subsidi (meningkat) mendadak, kerajaan akan memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Memetik laporan berita Harian, kerajaan sebelum ini dapat menjimatkan RM1.9 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 979,632 liter selepas 10 hari pelaksanaan inisiatif dilancarkan dengan melibatkan 200,00 penjawat awam.

Mengulas lanjut bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan berkesan serta tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, setiap ketua jabatan perlu berpegang kepada konsep T.E.G.A.S iaitu tindakan pantas, empati, gagasan jelas, adaptif dan strategi efektif.

“Saya ingin ingatkan agar konsep TEGAS ini diamalkan oleh setiap ketua jabatan dalam kita berhadapan dengan krisis ketika ini,” katanya. – MalaysiaMADANI