Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited untuk terus melahirkan lebih ramai usahawan tani khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha berkenaan dibuat selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan sektor pertanian negara terus berkembang dan menjadi kuasa ekonomi hebat serta berdaya saing.
“Pelbagai inisiatif dan program sedang dilaksanakan kerajaan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sektor pertanian.
“Selain memberikan tumpuan kepada latihan, bantuan teknikal dan sokongan kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri barisan menteri-menteri Kabinet lain.
Mohamad menegaskan, langkah yang dibuat diharap dapat memperkukuhkan ekonomi tani serta meningkatkan keterjaminan makanan negara. – MalaysiaMADANI