Empat tahun pentadbiran Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan perjalanan penting dalam membina negara berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan, integriti, ihsan dan kesejahteraan rakyat.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkata, berlandaskan enam prinsip teras MADANI, agenda pembaharuan memberi penekanan terhadap pengukuhan institusi, peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta pembinaan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.
“JKSM menjadikan agenda Malaysia MADANI sebagai landasan utama untuk memastikan penyampaian keadilan Syariah terus relevan, cekap, amanah dan telus,” kata JKSM menerusi laman media sosialnya.
Tambahnya, usaha mempertingkat kecekapan pengurusan kes, memperluas pendigitalan serta memperkasa kompetensi warga kerja giat dilaksanakan bagi memastikan akses keadilan yang lebih mudah dan berkesan.
“Empat Tahun MADANI, Memperkasa Keadilan, Memartabatkan Syariah. JKSM komited untuk terus menjadi institusi kehakiman yang berintegriti, progresif dan diyakini.
“Ini demi memastikan keadilan Syariah terus terpelihara dalam membina Malaysia yang adil, harmoni dan sejahtera,” ujarnya. -MalaysiaMADANI
