Berita

KSN ucap tahniah, penghargaan atas kecemerlangan pentadbiran Anwar 

Kerja keras dan kesungguhan luar biasa ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir serta membawa Malaysia melangkah lebih cemerlang mendapat perhatian orang ramai termasuk barisan kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar berkata, hari ini genap empat tahun Perdana Menteri menggalas amanah, memikul tanggungjawab dan memimpin negara sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata, mewakili seluruh Perkhidmatan Awam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan Perdana Menteri dan moga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam mentadbir negara.

“Insya-Allah, perkhidmatan awam akan terus menyahut agenda dan nilai MADANI serta membudayakan cara kerja cemerlang dalam melaksanakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam,” kata beliau menerusi laman media sosialnya. -MalaysiaMADANI