Berita

MAAC PUSPANITA: 94 pelajar cemerlang daripada pelbagai bidang pendidian diraikan

Generasi muda berilmu dan berpengetahuan luas merupakan pelapis terbaik dalam mewarisi kepimpinan serta membina sebuah negara cemerlang pada masa hadapan.  

Kerajaan MADANI sentiasa menghargai pencapaian cemerlang pelajar, setelah mana bekerja keras menimba ilmu malah sanggup mengorbankan masa demi mengejar kejayaan dalam bidang pendidikan. 

Untuk itu, seramai 94 orang pelajar cemerlang dalam bidang pendidikan masing-masing diraikan dalam Majlis Anugerah Anak Cemerlang (MAAC) Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pendidikan dan MESCA di Kompleks E12, Putrajaya.

Kumpulan pelajar tersebut melibatkan 71 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua pelajar untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), 14 penuntut Sijil Matrikulasi serta tujuh penerima Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Wan Hashim Wan Rahim. 

Turut hadir barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa dan para penerima anugerah.

MAAC bukan sekadar menghargai kecemerlangan akademik, malah mencerminkan bahawa kejayaan lahir daripada usaha berterusan, sokongan keluarga yang kukuh serta ekosistem pendidikan yang menyokong perkembangan potensi setiap anak. -MalaysiaMADANI