Memantapkan lagi prestasi dan budaya kerja cemerlang, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak meneliti semula keberkesanan serta relevansi petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.
Merealisasikan agenda penting itu, satu Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (MPSKDN) Bil. 1/2026 telah diadakan bermula 9 hingga 11 September 2026.
KDN berkata, mesyuarat tersebut turut dihadiri kepimpinan tertinggi kementerian, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KDN serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN.
“Mesyuarat ini bertujuan meneliti status pencapaian 47 KPI PSKDN 2026-2030 dan 26 KPI Fokus KDN 2026, di samping melaksanakan semakan semula terhadap keberkesanan serta relevansi KPI yang telah ditetapkan,” kata KDN menerusi laman media sosialnya.
Selain itu menurutnya, mesyuarat turut berfokus untuk mengenal pasti isu pelaksanaan dan mengemukakan cadangan intervensi bagi memastikan sasaran dicapai, seterusnya memperakukan syor pinda, gugur dan tambah terhadap KPI berkenaan. -MalaysiaMADANI
