Berita

PM jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau selama dua hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri dijangka akan berada di bawah pemantauan pakar perubatan selama dua hari.

Sehubungan itu, beliau turut memohon supaya orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Semoga Perdana Menteri dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mari kita beramai-ramai mendoakan kesihatan buat Perdana Menteri untuk kembali melaksanakan tugas demi negara tercinta. -MalaysiaMADANI