Berita

Perlindungan sosial diperkukuh, peluang pekerjaan diperluas

Mengambil kira kepentingan dan kebajikan pekerja, Kerajaan MADANI terus memperkukuh perlindungan sosial pekerja melalui RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata, pindaan itu dibuat bagi memastikan pekerja yang kehilangan pekerjaan menerima sokongan yang lebih menyeluruh serta akses lebih pantas kepada peluang pekerjaan baharu.

Katanya, antara penambahbaikan yang dibawa melalui pindaan ini termasuk faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dipertingkat dan elaun Bantuan Mobiliti Baharu.

“Selain itu, RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini memperkasakan perkhidmatan pekerjaan dan tadbir urus SIP yang lebih cekap,” kata KESUMA menerusi laman media sosialnya.

Menurutnya lagi, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), pindaan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh perlindungan sosial dan memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara. -MalaysiaMADANI