Berita

Sedia galak syarikat-syarikat Malaysia melabur ke Syria – Anwar

Malaysia komited meningkatkan hubungan dua hala dengan Syria di bawah pimpinan Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa.

Malah, bersedia menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu.

“Saya telah mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu.

“Presiden al-Sharaa juga telah menjemput saya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerjasama dua hala dengan Syria akan melibatkan beberapa bidang utama khususnya dalam bidang ekonomi.

Rabu lalu, Ahmad al-Sharaa diisytiharkan sebagai presiden Syria dalam fasa peralihan susulan kejatuhan presiden Bashar al-Assad yang memimpin negara itu sejak 45 tahun lalu.

Al-Sharaa akan memikul tugas-tugas kepresidenan termasuk mewakili Syria di peringkat antarabangsa.

Pengisytiharan berkenaan dibuat oleh jurucakap Jabatan Operasi Ketenteraan, Kolonel Hassan Abdul Ghani ketika berlangsung Persidangan Kemenangan yang diadakan di Damsyik baru-baru ini. – MalaysiaMADANI