Sistem Pengesanan Beras ( Rice Tracking System) akan diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam memastikan ketelusan dan kelancaran rantaian bekalan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakan stok dan mengelakkan aktiviti penyorokan serta penjualan melebih harga kawalan.
“Kerajaan akan memastikan bekalan beras tempatan mencukupi dengan penyediaan 24 juta kampit beras putih tempatan 10kg di pasaran.
“Bila kita sudah track 24 juta ini, kita tahu pergerakan beras seperti tersekat di mana tempat jualan paling tinggi dan juga penjualan paling rendah.
“Dengan ini, kita boleh tahu siapa yang menjual harga yang tinggi daripada apa yang sepatutnya dan juga kita dapat mengawal percampuran beras kalau berlakunya percampuran beras,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu di Wacana Bicara Naratif secara langsung di RTM1. Turut hadir adalah Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM.
Beliau berkata antara langkah lain yang dibincangkan termasuklah penetapan harga lantai pada pada RM1,500 per tan metrik dengan peruntukan RM150 juta bagi menyerap kos pengeluaran dalam tempoh enam bulan akan datang. – MalaysiaMADANI
Sistem Pengesanan Beras diperkenal pantau pergerakan stok dan manipulasi harga

21
Feb