Inisiatif Kecerdasan Buatan (AI) akan dicadangkan kepada Sekretariat ASEAN untuk digunakan secara meluas di seluruh rantau ini selari dengan perkembangan semasa teknologi hari ini.
Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Tan Sri Johari Abdul berkata, keupayaan AI diperlukan kerana dunia semakin kompetitif.
“Malaysia akan mencadangkan kepada Sekretariat ASEAN untuk menjadikan antara isu utama di Sidang Kemuncak ASEAN kerana memimpin komuniti ASEAN supaya lebih peka terhadap AI, berkongsi pengetahuan dengan negara-negara lain.
“Sebagai tuan rumah ASEAN tahun ini, perlu menunjukkan bahawa kita bersedia dengan keupayaan AI,” katanya seperti petik Bernama.
Malah, penggunaan AI ini juga boleh dijadikan contoh bagi negara-negara ASEAN yang lain melihat Malaysia sebagai panduan menerapkan teknologi terkini hari ini..
Mengulas lanjut, Johari berkata, UNITAR akan menawarkan bengkel dan kursus kepada Ahli Parlimen, serta pegawai Parlimen bagi tujuan pemahaman dalam bidang AI.
Katanya melalui pemahaman berkenaan mereka akan turun ke lapangan dan boleh berkongsi pengetahuan dengan orang lain. – MalaysiaMADANI
Malaysia akan cadang penggunaan AI kepada Sekretariat ASEAN

25
Feb