Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju agar diplomasi semikonduktor menjadi satu daripada tonggak Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, strategi NSS dirangka bagi memperkukuhkan kerjasama sinergi dengan rakan kongsi antarabangsa dan negara-negara ASEAN.
“Langkah ini juga dibuat ke arah memastikan rantaian bekalan yang mampan dan berdaya tahan bagi pemain semikonduktor domestik dan global.
“Kerangka dasar NSS ini akan memberi fokus strategik kepada pembangunan syarikat-syarikat tempatan dengan sasaran mewujudkan 10 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan hasil dianggarkan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion,” katanya.
Dalam hal ini Anwar menjelaskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mewujudkan kerjasama Kementerian Luar Negeri dalam aspek diplomasi semikonduktor.
Selai itu turut dirancang adalah inisiatif-inisiatif strategik yang boleh melonjak negara ke tahap yang lebih berketerampilan. – MalaysiaMADANI