Malaysia berjaya merekodkan keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam masa sembilan bulan pertama tahun ini, kata Perdana Menteri.
Nilai berkenaan merekodkan peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding RM230.2 bilion nilai pelaburan dalam tempah yang sama tahun lalu.
Perkara berkenaan dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bilangan 8 Tahun 2024.
“Nilai ini melibatkan 4,753 projek yang dijangka menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu,” katanya.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Anwar pada mesyuarat sama menjelaskan, MPN bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi pembangimam Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan tenaga (PIUE) dan keberkesanan Air (WUE).
Katanya, Garis Panduan ini akan digunapakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai di bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC).
Ia juga adalah inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan bagi pusat-pusat data negara ini.
“Kerajaan MADANI berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar-dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara,” katanya – MalaysiaMADANI