Hubungan erat antara Malaysia – Brunei akan terus diperkukuhkan lagi dengan kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Haji Al- Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, pagi semalam.
Katanya dalam pertemuan berkenaan mereka membincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.
“Kami bicara terkait usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang.
“Khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan,” katanya.
Katanya hubungan yang terjalin selama ini antara kedua-dua negara akan terus dijadikan landasan untuk mengorak langkah ke hadapan serta menambah baik apa yang diusahakan.
Tahun ini Malaysia -Brunei menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-40. – Malaysia MADANI
Malaysia – Brunei perkukuh hubungan erat sedia ada
09
Dec